sponsor

READ , RATE and GET MONEY

Wednesday, July 7, 2010

INFO: BRIAN JOO di 8TV LIVE CHAT (1st Malaysia Fan Meeting)


Assalamualaikum semua dan HI,!!!!!

Ni diambil dari sumber ONE FINE DAY

"YAHOOOOO….terubat jugak hati nad kimchi. Sebab ape ek?Hah! nak tau sebab apa? Nad kimchi mula-mula dah putus harapan sebab tak dapat pergi 1st FAN MEETING BRIAN JOO. TERIMA KASIH banyak-banyak la buat 8TV NITE LIVE. BRIAN JOO akan live chat bersama peminatnya pada hari SABTU,10hb. Ingatkan dah tak leh tengok BRIAN JOO secara live. Dapat jugak,even walaupun di kaca televisyen saja.

Untuk live chat bersama BRIAN JOO pada hari Sabtu ini di 8TV Nite Live dengan
SMS 8CHAT <>mesej anda dan hantar ke 33399

KHAS untuk para peminat BRIAN JOO yang tidak dapat hadir ke FAN MEETING di SUNWAY PIRAMID . Tapi yang dah pergi pun memang digalakkan untuk join bersama.Kita memeriahkan lagi suasana di 8TV Nite Live.

Siapa BRIAN JOO ni?
Brian Joo merupakan penyanyi korea dan juga bekas ahli kumpulan FLY TO THE SKY. Kumpulan ini telah dibubarkan pada tahun 2009. Album solo pertama beliau THE BRIAN keluar pada tahun 2006 dan album kedua pada tahun 2009 Manifold. Brian dilahirkan pada 10 Januari 1981 di Los Angeles,Carlifornia. Disebabkan itulah brian Joo ni fasih berbahasa English. Brian Joo akan bertemu peminatnya buat pertama kalinya di Malaysia pada 10 JULAI ini di Sunway Piramid jam 3 petang. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari


Ni MDD nak kongsi skit MV BRIAN JOO

MY GIRL
Credit to koreanpride2@yoputube.com





INSIDE MY HEAD
credit to AznSamManMV@youtube




Sunday, July 4, 2010

INFO:TAHNIAH MOHD!!!! JUARA MENTOR 4


Assalamualaikum semua!!!

Dikesempatan ini, MDD nak ucapakn TAHNIAH buat MOHD kerana berjaya menjadi JUARA dalam MENTOR MUSIM ke-4 ni. Persaingan begitu sengit td. Tetapi inilah dikatakan rezeki. Masuk lambat pun, walaupun jadi peserta yang dipilih tidak lebih dari 48jam. Apa-apa pun, lepas ni MOHD kena bekerja lebih kuat dan mencari identiti beliau.

Ermmm..single terbaru MOHD tue syahdu pulak MDD dengar..huhuhuhu.......

Buat ADI dan NANI tahniah jugak......Ada bertiga semua memang the BEST!!!

JUARA - MOHD
KEDUA - ADI
KETIGA- NANI.

Thursday, July 1, 2010

DRAMA MELAYU : SINOPSIS LAILA ASYIKIN (TV3)


Assalamualaikum dan HI!!!

Seperti yang MDD janjikan. MDD sertakan sinopsis drama dari Slot Samarinda (Tv3)yang terbaru. Drama ini mempunyai 16 episod yang diarahkan oleh Heykal Hanafiah. Jangan lupa saksikan slot drama ini setiap hari selasa~ khamis jam 10.30 malam. Bermula 1 Julai 2010
Para pelakon

Nur Fathia sbg Laila Asyikin
Fahrin Ahmad sbg Remy
Irfan Roslan sbg Mikhail
Diana Amir sbg Sarah
Hamidah Wahab
Fadhil Dani
Hisham Ahmad Tajudin
Zain Ruffedge
Nurzul Suphian
Adeline Anthony Tsen dan ramai lagi.

SINOPSIS SUMBER: mstar

Laila Asyikin berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi tetapi memilih untuk tidak bekerja setelah berkahwin dengan Mikhail lakonan Irfan Roslan.

Namun dia tetap mengambil tahu tentang urusan syarikat peninggalan arwah ayahnya, Datuk Shamsudin iaitu United Holding Berhad. Mikhail pula dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat atas wasiat arwah.

Mikhail seorang yang gigih, penyayang dan bijak dalam urusan perniagaan, United Holdings telah berkembang maju di bawah pentadbirannya.

Perkahwinan Laila Asyikin dan Mikhail kelihatan bahagia dengan kelahiran dua cahaya mata iaitu Laila Huda dan Laila Afifah. Namun, keharmonian kehidupan Laila Asyikin dan anak-anak tergugat serta berkecai selepas Mikhail terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Lebih memeranjatkan apabila Sarah (Diana Amir) turut berada dalam kereta tersebut yang telah membongkarkan rahsia Mikhail. Sarah telah meninggal dunia manakala Mikhail pula mengalami kecederaan dan koma selama tiga bulan.

Tanpa pengetahuan Laila Asyikin, Mikhail telah mengahwini Sarah kerana bersimpati dengan kehidupannya yang miskin dan mereka juga mempunyai seorang anak lelaki, Irfan yang baru berusia tiga bulan. Enggan berdiam diri dan menyerah kalah, Laila Asyikin telah mengambil tindakan segera.

Dia telah mendapatkan hak penjagaan Irfan daripada keluarga Sarah. Dia juga mengatur strategi untuk menyingkirkan sesiapa yang mahu menjatuhkan syarikatnya dengan sokongan sepenuhnya daripada pembantu khas Mikhail iaitu Remy (Fahrin Ahmad).

Kebijaksanaan dan ketabahan Laila Asyikin telah menyebabkan Remy dalam diam menyimpan perasaan kepadanya.

Selepas Mikhail sedar daripada koma, adakah dia akan dimaafkan oleh Laila Asyikin? Berjayakah Laila Asyikin merungkai kemelut dalam rumahtangga dan juga syarikatnya? Adakah hubungan Remy dan Laila Asyikin akan bertukar menjadi intim?


Ni promo untuk drama LAILA ASYIKIN
credit to promo2tv@youtube.com


OST-SAMPAI SYURGA(FAIZAL TAHIR)
Credit to arbesqos@youtube.com



Wednesday, June 30, 2010

INFO: PELAKON WINTER SONATA BUNUH DIRI

Drama yang paling popular dan menyentuh hati




Hi semua!!!....



Siapa pernah tengok winter sonata? Drama Winter Sonata ni, boleh dikatakan drama korea yang pertama tayang di Malaysia (tak silap MDD la). MDD memang minat abis dekat cerita ni. Tangkap leleh ar.huhuhuh...


MDD nak bagitahu berita kurang menarik ni. Kalau dengar pun mesti tak percaya. MDD sendiri masih tak percaya yang salah seorang pelakon winter sonata.( Boleh dikatakan , pelakon ni penaraju utama jugak la) mati bunuh diri. BETUL KE NI?????

Pelakon winter sonata tersebut ialah PARK YONG HA(kalau tengok kat pic atas tue, yang kedua dari kiri). Beliau juga merupakan seorang penyanyi. Selain winter sonata, drama lain yang beliau berlakon adalah ON AIR, MEN's STORY dan banyak lagi la. Seorang pelakon yang amat berbakat

Bagaimana PARK YONG HA mati? Ni pun MDD agak terkejut jugak,beliau mati bunuh diri dengan menggantungkan dirinya menggunakan wayar telefon. Uish, dahsyatnya. Macam agak stress jer.Sebelum PARK YONG HA mati, beliau tidak henti-henti mengucapkan " Saya minta maaf" kepada keluarga dan ayahnya. Walaupun polis mengatakan bunuh diri, tetapi ada lagi butiran yang masih dirahsiakan.


Apa-apa pun mungkin dah ajalnya. Tetapi bagi peminat-peminat PARK YONG HA dan industri seni . Mereka telah hilang seorang pelakon dan penyanyi yang berbakat. Beliau akan dikebumikan pada 2 Julai.



sumber:allkpop,tiffannyinkimchiland

Monday, June 28, 2010

DRAMA MELAYU: LAILA ASYIKIN (TV3)




Assalamualaikum dan Hi semua!!!

Ketemu lagi.Okey kali ini MDD nak bagitau pasal drama dari slot Samarinda TV3 yang terbaru. Drama ini akan mula ditayangkan pada 1 Julai ini. Setiap hari Selasa~Khamis, Jam 10.30 malam. Drama LAILA ASYIKIN ini bakal menggantikan drama NOKTAH ERNA.

Siapa pelakon utama Drama LAILA ASYIKIN ini?
Hah~~~ingat tak lagi kawan baik kepada Nur Amina dalam cerita NUR KASIH. Ala yang sama-sama belajar di UIAM. Yup, mesti ingatkan .Selama ini hanya berlakon sebagai watak sampingan dan kini Nur Fathia Latiff menjadi watak utama dalam Drama LAILA ASYIKIN ini. Selain dari Nur Fathia, antara pelakon lain yang menjayakan drama ini adalah Fahrin Ahmad (Hero rasanya), Diana Amir, Hamidah Wahab, Zain Ruffedge dan ramai lagi.

Sinopsis penuh MDD tak dapat nak cari lagi. Tapi dalam myMetro online, ada bagitau sikit. Laila Asyikin merupakan seorang gadis remaja ,berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Seorang perempuan solehah yang mengharungi pelbagai dugaan hidup. Nampak macam samar-samar lagi kan. Jangan risau , nanti kalau ada Sinopsis MDD cepat-cepat update.


PERINGATAN LAGI SEKALI>>>>!!!
JANGAN LUPA K...SAKSIKAN DRAMA TERBARU SLOT SAMARINDA TV3 "LAILA ASYIKIN" SETIAP HARI SELASA~KHAMIS,JAM 10.30 MALAM ,MULAI 1 JULAI 2010


p/s: poster kat atas tue,MDD buat sendiri sebab poster yang betul tak keluar lagi.

MUZIK : MENTOR 4- MOHD,NANI & ADI mara ke FINAL


Assalamualaikum semua!!! dan hi.!!!!

Siapa tengok Mentor 4 tadi? Mestilah tengokkan. tak kisah la tengok kat tv ataupun pergi tengok dewan MBSA Shah Alam. Mentor 4 tadi menyaksikan persaingan antara MOHD,NANI,ILA dan ADI untuk peringkat separuh akhir ke-2. Fuhhh...saingan yang cukup mantap. Pertarungan itu berakhir dengan ILA iaitu mentor kepada Joe Filzow tersingkir. Tak perlah ILA. Mungkin tak ada rezeki. Tetapi bagi MDD la, persembahan ILA memang best. Apa-apa pun kalah menang itukan adat dalam bertanding. Hope juga ILA tak berputus asa dan keep going. Jangan merasakan ini adalah penamatnya.

Buat MOHD, NANI dan ADI ...CONGRATULATION to you aLL...dan JUMPA di FINAL nanti. GOOD LUCK. Masing-masing buatlah terbaik. Martabakan industri muzik tanah air kita. Berikan kelainan sedikit. Saingan lagi sengit untuk ketiga-tiga protege ini untuk FINAL. Kena bekerja keras ni. Tak sabar MDD nak tahu, siapakah JUARA MENTOR 4 ni....


Adakah MOHD? NANI ? @ ADI?...sama-sama kita saksikan.

CHOPPP!!!HAH!apa!..MDD sokong sapa?..hihihh........siapa-siapa yang berjaya memukau MDD. sehingga MDD leh sebut WOW!!(dengan mata terbeliak). Okey....

SEE u next time........

MANA LA>>>video catch up tv3 untuk Mentor 4( semi-final ke 2) ni......



Saturday, June 26, 2010

MUZIK: LIRIK EVEN BECOMING WINDS @EVEN IF WISHED COME TRUE




Assalamualaikum....dan HI semua!!!

Mungkin anda dah dengar lagu OST Road No.1, yang dinyanyikan oleh Hwanhee. Tajuk untuk lagu ni, MDD agak keliru sikit. Tak tau yang mana satu betul. Yerlakan, MDD tak pakar sangat bahasa korea ni. Rasanya nak kena masuk kelas bahasa korea lepas ni.

Kalau dalam bahasa korea-Barami Doeeoseorado . MDD google punya google, banyak plak maksudnya.Takper la....tak kisahlah EVEN BECOMING WINDS atau EVEN IF WISHED COME TRUE. Janji lagu ni best sangat untuk didengar. Ditambah pula bila liriknya ditranslate. MDD agak syahdu jugak. Memang sepadan la dengan tema Drama ini. Kat sini MDD , sertakan lagi sekali lagu ni + lirik lagu yang dah diterjemahkan. SEMOGA TERHIBUR!!!!.

MDD nak bagi tahu lagi sekali yang lagu ni adalah OST untuk Drama korea terbaru Lakonan Sob Ji Sub dan Kim Ha Neul- Road No.1. Drama ini mengenai peperangan dan percintaan. Drama ini menelan belanja 10 billion Won. Lagu BARAMI DOEEOSEORADO dinyanyikan oleh bekas kumpulan FLY TO THE SKY- Hwanhee. Lagu ini juga khas untuk watak utama.(disebabkan itulah OST ini release dulu berbanding lagu lain)






HWANHEE
MV OST ROAD No.1
Credit to yukichi2525@youtube.com





LIRIK-EVEN IF WISHED COME TRUE by HWANHEE
Credit to wackycashew

VERSE 1:
Though we have to part, it’s just for a short while
I know in this world, there’s no one else but you
Do you think you can wait for me to return?
Or do you think I’m asking for too much?

You know you’re the reason I live
I will hold on to you
Until the day we meet once again

CHORUS 1:
Don’t you ever doubt the love that I have for you
Deep within my heart, I will keep a place for you
Whenever you feel I’m far away
Just think of all the times we’ve shared
I hope that it would ease the pain that’s in your heart

VERSE 2:
Everything I do, it’s all because of you
To protect you from the harm this war may bring
Please just wait for me; I will surely fulfill
The promise that was made since we were young

Please believe in me when I say
Have faith now and always
Nothing, no one can tear us apart

Repeat Chorus 1

CHORUS 2:
You may think that I am just leaving you behind
But this is what I must do so that you can live
Don’t let yourself turn to someone else
I’ll be back; I’ll keep my word
Find it within yourself the strength to carry on

No matter how much time
No matter how much pain
No matter what, my love, believe in us
Related Posts with Thumbnails